Monday 21 March 2011

OPS PEMANGGIL






Pada 13 Nov 2009, buat julung-julung kalinya trip memancing ke Pulau Pemanggil, Mersing Johor dapat dilaksanakan juga akhirnya. 7 jam perjalanan melalui Kuala Pilah-Muadzam Shah-Mersing memang meletihkan namun terubat apabila melihat bot yang begitu selesa siap menunggu pemancing .Hanya 5 staf Afpro sahaja yang berani menyambut cabaran Pemanggil ini, Mej Robert,Pw Kas4, Pw Taib, Fs Sezely dan Kpl Haslan dan staf Airod.
4 jam untuk sampai ke Pulau Pemanggil cukup untuk merehatkan mata akibat perjalanan yang panjang malam tadi. Acara dimulakan dengan pancingan Apollo di unjam bagi mendapatkan ikan umpan.Pelbagai ikan seperti Selar, Tamban,Kembong dinaikkan pemancing. Kami naik ke pulau untuk makan dan berehat di chalet dan mula memancing semula hingga ke pagi esoknya di lokasi yang di bawa tekong bot. Cuaca yang indah rupanya tidak sampai ke malam. Angin kencang laut bergelora menyebabkan tekong terpaksa membawa bot berlindung di balik pulau. Hanya ikan kecil yang menjamah umpan.
Hari ke 2 kami memancing di sekitar P.Pemanggil dengan cuaca yang sangat baik,namun tiada ikan besar dapat dinaikkan.Malam paling meriah apabila tekong membawa kami mencandat sotong. Penuh tong coleman dengan sotong. Malam ke 2 juga seperti malam pertama,kali ini ribut yang datang. Kami balik ke pulau dan acara memancing diganti dengan BAR-B-Q.

Walaupun hasil tangkapan trip ini kurang memberangsangkan tetapi kami berazam untuk kembali semula ke Pemanggil. TUNGGUUUUU….. 
 

Wassalam.

BOWLING TIME...

 Bertempat di Summit, Subang Jaya, pada 31 Julai 2009 pejabat AFPRO telah mengadakan satu pertandingan bowling bagi mencari ranking terkini pejabat ini. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim antara  staf dan keluarga AFPRO. Semoga aktiviti riadah seperti ini dapat diadakan dimasa-masa akan datang. Insaallah.

Thursday 17 March 2011

PERKELAHAN DI HUTAN LIPUR KUALA WOH, TAPAH



Pada 09 Julai 2009, AFPRO-ASB  telah mengadakan satu  aktiviti perkelahan bertempat di Air Terjun Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah. Matlamat sebenar aktiviti perkelahan ini diadakan adalah  untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan berkenal-kenalan antara ahli keluarga AFPRO. Walaupun agak jauh dari subang lebih kurang 120 km, dan hampir untuk mengubah lokasi perkelahan akibat hujan yang turun awal pagi, namun perkelahan ini berjaya mencapai matlamat, dengan anak-anak riuh-rendah  bergembira mandi-manda, kaum ibu menyediakan makanan manakala bapa-bapa memanggang ayam, daging lembu dan daging kambing sebagai juadah makan tengahari. Sesungguhnya Air Terjun Hutan Lipur Kuala Woh menggamit seribu kenangan semua anggota AFPRO dan keluarga yang telah hadir pada hari itu. Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi dimasa-masa akan datang. Insyaallah.









 

'





DINNER DE PALMA


Pada 26 Jun 2009,AFPRO-ASB telah mengadakan satu majlis makan malam sempena meraikan perpisahan anggota pejabat ini.Majlis perpisahan yang telah diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam ini berlangsung secara sederhana tetapi meriah. Mereka yang diraikan pada malam itu ialah, Mejar Muhd Noorafzanidzam yang akan melanjutkan pelajaran ke Perancis, walau bagaimana pun beliau tidak dapat hadir pada malam itu. Flait Sjn Meor Abd. Murad yang akan bertukar keluar ke No. 1 Div. Udara dan Sjn U Zulkifli yang akan menamatkan perkhidmatan dan sedang menjalani proses peralihan.

Acara pada malam itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran CPR yang telah berbesar hati menyerahkan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada anggota yang diraikan pada malam itu. Diharap kepada semua anggota yang meninggalkan Pejabat AFPRO ini, berjaya di dalam kerjaya di tempat baru.