Monday 16 January 2012

AIRBECK ANGLERS LEPAS GERAM DI KELONG PARADISE


14 Jan 2012 trip pertama tahun ni, nampak petanda macam menjadi je tahun ni. 5 ekor senangin tewas kira ok la tu. 8 orang berjaya dikumpulkan walaupun target asal 10 orang untuk trip kali ini. gerak dari base lewat sikit pukul 8.30 pagi terus beli umpan mati kat market. Sampai kul 10 pagi beli udang hidup 100 ekor gan sotong kurita 2,3 ekor.Pukul 11 pagi naik bot,setengah jam baru sampai kelong,bot slow giler sebab bot 200 hp rosak kena pakai bot sewa pulak. Tapi tak pe la yang penting sampai kelong dan boleh mancing.buka tong udang hidup setengah udang hidup mati sebab pam oksigen rosak, tak sedar. Pengajaran berguna,lain kali check udang hidup tu selalu. Baru setengah jam mancing sekor sembilang pembuka tirai oleh adik aku Omar, pastu naik pulak senangin pertama oleh haslan, anggaran sekilo ada la,pastu dia lagi dengan ikan senangin juga kecil sikit dari tadi.Wah.. awal-awal dah naik senangin mesti syok ni,semua orang semangat giler. Tunggu punya tunggu hampeh..entah kemana senangin ni pergi.,tapi kembali ceria bila naik ikan tanda mejar Robert. AC, Atuk dan cek Azuan dengan ketuka dan gelama. Senangin entah kemana. Malam acara lagi suram,ketuka je yang naik. Grup lain dah 3 ekor pari 5,6 kilo, senangin pun ada juga saiz 1,2 kilo. berbulu je tengok. Air surut je apa lagi semua masuk sarang la,ikan pun tak makan pancing. Pagi esoknya semua semangat balik nak cari senangin lagi. Apa nak kata 4,5 kali ikan rentap tapi putus kena tiang teritip kelong. Frust betul, tapi kalau nak rezeki tak kemana, Kapt Megat berjaya juga mengelakkan diri daripada kumpau apabila serentak 2 ekor sekali senangin, dan last sekali aku berjaya juga dengan ikan senangin yang terbesar trip ni,balik rumah aku timbang 1.5 kilo je, nampak je macam besar. Walau apa pun trip ni kira berjaya la berbanding dengan trip yang lepas. Harap untuk next trip grup ni akan maintain dapat hadir. kepada member2 yang tak berapa nak menjadi trip kali ini jangan putus asa, cuba lagi di next trip. wassalam..