Sunday 4 December 2011

Family Day MLU 2011

Pada 04 Disember 2011 bertempat di Muzium TUDM PU Kuala Lumpur, hari keluarga MLU 2011 telah diadakan dengan suasana yang sangat ceria dengan kehadiran warga MLU dari 3 cabang utama iaitu Sistem, Khidmat dan Tadbir. Tema pakaian telah ditetapkan iaitu warga sistem dengan baju merah, Khidmat warna biru dan Tadbir dengan warna kuning.Majlis telah dirasmikan tepat jam 0945 oleh yang berbahagia Panglima Logistik Udara dengan meriah sekali. Pelbagai acara telah disajikan pada hari tersebut di mana bagi kanak-kanak mereka cukup suka apabila diberi peluang menyertai sukaneka, dihiburkan dengan telatah 3 badut yang sentiasa berkeliaran kesana-sini dan leka dengan kapal terbang-kapal terbang yang banyak di pamerkan di Muzium ini. Manakala bagi para ibu bapa pula turut diberi peluang bagi menyertai acara sukaneka bagi memperlihatkan kehebatan mereka pada anak-anak.Pertandingan bagi ketiga-tiga cabang dalam acara sukaneka jua telah diadakan dimana telah dimenangi oleh cabang dari Sistem.Setiap Family Day mesti tak lepas diselangi dengan cabutan bertuah begitu juga majlis ini.Bagi Warga AFPRO, tahniah diucapkan kepada Kapt Megat dan PW II U (W) Jasliza kerana berjaya dengan hamper cabutan bertuah, kepada yang lain diharap jangan kecewa,cuba lagi tahun depan. Diharap Family Day MLU pada tahun depan akan diadakan dengan lebih meriah lagi. Wassalam.