Saturday 14 May 2011

Temasya sukan Pra sekolah

10 Mei 2011 bertempat di SK U3, Subang Perdana telah berlangsung Temasya Sukan Pra sekolah daerah Shah Alam. Suasana yang sangat meriah dapat dilihat dengan berbagai karenah kanak-kanak yang amat melucukan sehinggakan petugas-petugas pada hari tersebut tidak senang duduk. 3 orang kanak-kanak yang terpilih ini adalah anak staf pejabat ini, jadi kami pun sempat juga meluangkan masa sekejap untuk melihat bakal atlet negara ini beraksi. walau pun cuaca agak panas kebelakangan ini, namun dapat dilihat kerjasama yang amat baik dari cikgu-cikgu dari pelbagai sekolah dan juga kehadiran ibubapa yang ramai. Sekalung tahniah buat SK U3 kerana menjayakan temasya kali ini. Dan tidak lupa juga buat semua cikgu-cikgu, SELAMAT HARI GURU










.