Tuesday 4 October 2011

Majlis Berbuka Puasa 1432H

Pada 5 Ogos 2011, sempena Ramadhan Al-Mubarak majlis berbuka puasa telah diadakan oleh ASB dan kami telah dijemput untuk memeriahkan majlis bersama keluarga. Walaupun ada yang sampai lewat,sesat dan sebagainya, namun semua yang hadir pada hari itu gembira dan bersyukur kerana dapat berbuka puasa dengan makanan yang enak-enak. Majlis yang diadakan di Tropicana, Damansara ini sememangnya terkenal dengan package buffet Ramadhan dan sentiasa menjadi pilihan penduduk sekitar. Walau apa pun ribuan terima kasih dari kami di Pejabat AFPRO atas kesudian pihak ASB menjemput kami serta keluarga.


































Lawatan Panglima Logistik Udara

Buat julung-julung kali pada 4 Ogos 2011,Panglima Logistik Udara, Mej Jen Dato' Kamalruzaman telah mengadakan lawatan ke Airod bagi meninjau keadan pesawat Agusta M39-02 yang telah siap menjalani rawatan berjadual di ASB. Kami di pejabat AFPRO mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Dato' datang ke ASB.