Sunday 24 April 2011

Pakai Pangkat

Pada 19 April 2011 yang lepas sekali lagi majlis pemakaian pangkat telah diadakan bagi Staf pejabat AFPRO ini. Bertempat di parade square Matra MLU, kedua-dua anggota iaitu PW U I Mohd Azuan dan FSjn Zulkiffli sangat bertuah dan berbangga kerana Pegawai Memerintah MLU sendiri telah melaksanakan pemakaian pangkat ini di dalam perbarisan pertama beliau. Sesuai sekali dengan majlis ini, CO sendiri telah menasihati kita dengan amanatnya iaitu "Pangkat yang diberi kepada kita ini adalah AMANAH dari tuhan, maka pergunakanlah AMANAH yang diberi ini dengan baik". Pejabat ini sendiri sememangnya mengalungkan ucapan beribu-ribu tahniah diatas kenaikan pangkat ini dengan ucapan yang penuh makna..errr.. bila nak makan ni...hahaha.




Thursday 14 April 2011

OPS PARADISE

BANGLO di tengah laut...itulah gelaran yang diberi orang ramai pada kelong Paradise di Sabak Bernam ini. Pada 2 April yang lepas, kami telah menyahut cabaran memancing di kelong ini. Hampir separuh dari grup ini memang bukan kaki pancing tetapi semangat untuk memancing cukup hebat, lebih-lebih lagi apabila melihat kelong yang hebat ini. Cuaca yang baik tidak semestinya ikan pun banyak, apa yang boleh dikatakan ialah hanya seorang saje yang pernah ke kelong, yang lain first timer.., so ikan pun malu-malu nak makan. Tapi banyak juga ikan yang dinaikkan seperti GT 4 ekor, Senangin 3 ekor, Pari(ketuka) 12 ekor kot,sembilang 4 ekor dan paling banyak biasa la ikan glamer. Walau macammana pun pengalaman yang amat berguna untuk bekalan di masa akan datang. Wassalam...





















































Monday 11 April 2011

TUPAI-TUPAI

Pada 4 Mac 2011 yang lepas, sekali lagi pejabat ini mengadakan satu majlis makan malam sempena meraikan anggota Afpro yang akan menamatkan perkhidmatan iaitu PW U I Rohizuan.Kali ini lokasinya di Restoran Tupai-tupai Seksyen 13 Shah Alam. Tema makanan pada malam itu ialah Steamboat,apa lagi makan dengan sepuas-puasnya....Boleh dikatakan semua staf Afpro dapat hadir pada malam itu bersama keluarga, walaupun agak tak terkawal dengan karenah anak-anak seronok bermain kerana kawasan yang agak terhad namun suasana yang meriah ini jarang-jarang diperolehi sejak dari 2009 lagi. Acara diakhiri dengan ucapan yang amat bermakna oleh yang Cek Wan dan CPR.
Wassalam...